KUALA LUMPUR, 6 Okt – Tuntutan beberapa ahli politik Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah bersifat peribadi dan tidak ada kena mengena dengan kedaulatan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan, kerajaan akan bertindak sekiranya Filipina secara rasmi memberikan reaksi terhadap tuntutan daripada waris Sulu kepada Kerajaan Malaysia.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa tuntutan ini tak ada kena-mengena dengan soal keadilan negara, tuntutan daripada waris Sultan Sulu ini adalah tuntutan peribadi kepada Malaysia daripada apa dikatakan sewaan jajahan Sabah itu dahulu, ia tiada kaitan dengan kedaulatan negara,” katanya menjawab sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Berita penuh: https://www.airtimes.my/2022/10/06/ahli-politik-filipina-tuntut-sabah-bersifat-peribadi-wan-junaidi/

#sabah #airtimes #filipina #politik #malaysia #parlimen #undangundang #dewanrakyat #sultansulu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here